Keengganan lelaki untuk memotong dan menggayakan rambutnya adalah disebabkan setengah daripada mereka tidak mengetahui perbezaan di antara “barbershop” dan “salon”. Secara umum, lelaki menganggap rawatan yang diberikan di kedai gunting rambut adalah sama seperti rawatan di saloon.

Tahukah anda bahawa andaian sebegini tidak betul ? Kerana selain kenyataan yang ianya suatu yang sangat berbeza ,kedai gunting rambut menyediakan perkhidmatan khas mengikut keperluan lelaki dan lain pula bagi saloon yang lebih ke arah keperluan wanita .

Bukan semua tempat dapat memuaskan kehendak pelanggan mengenai gaya rambut yang diingininya. Ini disebabkan gaya rambut dapat mencerminkan keperibadian seseorang sesuai dengan umur, lingkungan, dan keinginannya sendiri.

Berikut merupakan 5 Perbezaan antara “Barbershop” dan “Salon” :

  1. Keselesaan Pelanggan & Kesesuaian PekerjaDi “Barbershop” iatu khususnya kedai gunting rambut bagi lelaki, semua pelanggan akan dilayan oleh pekerja lelaki yang dapat memberikan keselesaan dan keakraban kepada pelanggan lelaki .Akan tetapi perkara sebaliknya apabila berada di “salon” , dimana majoriti pelanggan yang berkunjung dan pekerjanya adalah wanita. Jika terdapat pelanggan lelaki ianya mungkin kelihatan agak janggal dan tidak selesa kerana pekerjanya terdiri daripada wanita.
  2. Perkhidmatan Yang DitawarkanPerkhidmatan yang ditawarkan di “barbershop” adalah lain daripada perkhidmatan yang ditawarkan di “salon”.
    Selain daripada menggunting rambut dengan pelbagai gaya , :barbershop” juga menyediakan perkhidmatan khas untuk mencukur janggut dan misai.Manakala di “salon” lebih menyediakan perkhidmatan yang lebih khusus untuk kaum wanita seperti menyambung rambut , meluruskan dan mewarnakan rambut yang sudah semestinya tidak diperlukan oleh kebanyakan lelaki.
  3. Pemahaman Mengenai Gaya Rambut Terkini 

    Perbezaan barbershop dan salon terletak pada pekerja atau penggaya yang memahami gaya terkini bagi dadanan rambut lelaki.Di “barbershop” , kebiasaanya menjadi suatu trend apabila suatu gaya rambut sedang hangat, dan kesemua “barbershop” akan memasarkan gaya rambut tersebut untuk dipilih oleh pelanggan. Malah , gaya rambut khusus hanya kepada lelaki dan bukannya wanita.Akan tetapi , apabila di “salon” , setiap “salon” yang berbeza akan memberikan gaya rambut yang berbeza kerana ianya lebih kepada mengikut perkembangan gaya rambut yang biasa digunakan oleh selebriti dan orang yang ternama sebagai panduan . Gaya rambut kebanyakkannya khusus untuk para wanita dan gaya bagi lelaki kebiasaanya tampak biasa sahaja .

    Pelanggan juga boleh bertanyakan pendapat mengenai potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah agar hasilnya tampak sesuai dan sempurna di kedua – dua tempat ini.

  4. Kebersihan 

    Kebersihan menjadi salah satu kunci yang telah menjadikan “barbershop” mempunyai nilai eksklusif di mata para pelanggannya. Ini kerana , semua peralatan akan dibersihkan dahulu sebelum digunakan.Ianya amat berbeza di “salon” , melalui pengamatan tukang gunting rambut akan menggunakan peralatan yang sama berulang kali dan meyakinkan peralatan yang digunakan tidak akan membahayakan pelanggan yang berkunjung.

  5. Menjadi tempat komunitiMemandangkan terdapat “salon” yang tidak mengkhususkan jantina pelanggan , maka ianya tidak dapat membentuk suatu kawasan komuniti untuk berbual tentang minat dan hobi sambil anda mendapatkan potongan rambut . Ini akan menyebabkan aktiviti sosial di salon hanya berlaku di kalangan wanita yang bercakap lebih banyak.

    Akhirnya disebabkan fenomena sebegini, ramai lelaki lebih menyukai untuk beralih ke “barbershop” dan mendapatkan kawan baru yang boleh membincangkan tempat minat dan hobi yang sama ketika anda sedang mendapatkan guntingan rambut anda.

PERTAMA KALI DATANG KE WALTER BARBERSHOP ? KLIK UNTUK PANDUAN MUDAH SEMASA ANDA DI WALTER BARBERSHOP .