Sekerap manakah rambut anda perlu digunting benar benar bergantung kepada gaya rambut yang anda dapatkan. Kebayakan lelaki menyukai potongan rambut yang kerap kerana anda akan rasa segar, bersih, bergaya dan yakin selepas meninggalkan kedai gunting rambut. Malangnya, tidak semua lelaki sanggup memotong rambut mereka setiap minggu. Untuk menjimatkan masa dan wang anda, inilah panduan kami untuk menentukan berapa kerap lelaki harus memotong rambutnya dan berapa lamakah anda boleh mendapatkan potongan rambut yang baru ketika berkunjung ke Walter Barbershop !
Jangka Masa Untuk Mendapatkan Potongan Yang Baru
Keperluan untuk anda mendapatkan potongan rambut adalah bergantung kepada berapa kerap rambut anda tumbuh dan juga berkenaan gaya rambut anda yagng sekarang ini . Rambut lelaki akan tumbuh pada kadar purata kira-kira 1/2 inci sebulan, dan jumlah ini bergantung kepada genetik, jenis rambut, dan gaya hidup anda. Jika anda sihat, rambut anda akan semakin tumbuh pada kadar maksimum. Sekiranya anda mempunyai diet yang tidak seimbang, kurang senaman, mempunyai tahap tekanan yang tinggi, ataupun mengalami keguguran rambut, pertumbuhan rambut anda boleh menjadi lebih perlahan. Berapa kerap pertumbuhan rambut anda berkaitan dengan gaya rambut anda dan juga seperti perkara di atas .
Sebagai contoh, jika anda biasanya mendapatkan buzz cut, crew cut, atau textured crop on top dengan skin fade di sisi, maka anda mungkin perlu memotong rambut anda lebih kerap. Sebanyak setengah inci pertumbuhan rambut di sisi pudar anda boleh mencacatkan kesan potongan rambut pendek anda. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai classic long taper di sisi dengan medium-length cut on top, maka pertumbuhan rambut tidak akan menjadi masalah kerana ianya tidak nampak begitu ketara.
.
Umumnya, kekerapan anda untuk mendapatkan potongan rambut bergantung kepada kepanjangan rambut, bajet, dan juga gaya rambut. Untuk gaya rambut lelaki pendek, kami mencadangkan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Untuk gaya rambut potongan sederhana, anda boleh mendapatkan potongan rambut setiap 1 hingga 2 bulan. Dan untuk rambut panjang, anda boleh memotong sekali setiap 3 hingga 6 bulan. Tetapi anda perlu ingat bahawa potongan fade atau undercut menyebabkan anda lebih kerap datang ke barbershop untuk mengemaskan kembali rambut anda supaya gaya itu kekal .
Akhir sekali, ketika anda perlu ke acara besar seperti majlis perkahwinan, temuduga kerja, majlis ulang tahun, ataupun tarikh istimewa kebanyakan tukang gunting anda akan mencadangkan anda mendapatkan potongan rambut beberapa hari sebelumnya. Jangka masa ini akan membolehkan kesan pemotongan rambut anda tampak natural dan memudahkan anda untuk mengayakan rambut anda.
Mendapatkan Potongan Rambut Anda
Sebaik sahaja anda memutuskan untuk mendapatkan potongan rambut, anda mungkin mula menunda-nunda kerana anda tidak pasti bagaimana untuk bercakap dengan tukang gunting anda. Sesetengah lelaki berasa tidak selesa meminta potongan rambut tertentu kerana mereka tidak tahu caranya dan ini membuatkan mereka senang gugup .
Walau bagaimanapun, cara paling mudah untuk mendapatkan potongan terbaik adalah dengan menunjukkan gambar gaya rambut yang anda ingini kepada tukang gunting rambut anda dan juga mendapatkan nasihatnya. tukang gunting rambut yang terbaik sepatutnya dapat memberitahu anda sama ada gaya tersebut sesuai atau tidak dengan rambut anda serta mengesyorkan pomade terbaik untuk anda.
Bagi memudahkan anda kami telah menyediakan artikel mengenai gaya rambut terbaru 2018, anda boleh rujuk di link ini : Gaya Rambut Terbaru 2018