Kebanyakan daripada lelaki mempunyai bibir yang lebih gelap berbanding wanita. Merokok adalah salah satu punca utama mengapa bibir lelaki mudah gelap. Bahan yang terkandung di dalam sebatang rokok sedikit sebanyak akan mengubah warna bibir anda. Tambahan pula, lelaki juga lebih terdedah kepada cahaya matahari dan itu juga menjadi punca bibir gelap.
Selain rokok dan cahaya matahari, pengambilan kopi dan teh tidak terkawal, menjilat bibir kupas kering menggunakan jari dan sebagainya boleh menjadi punca anda tidak memiliki bibir yang sihat.
Di sini kami kongsikan tips dan nasihat bagaimana untuk ubah bibir gelap anda menjadi bibir yang sihat.
BERHENTI MEROKOK
Seperti yang telah diterangkan di atas,rokok adalah salah satu punca besar mengapa anda memiliki bibir gelap. Lebih kerap anda merokok, bukan hanya permukaan bibir anda gelap malah keliling bibir anda juga akan mula gelap dan menggelupas.
Jika anda masih merokok dan inginkan bibir yang sihat, gunakan petroleum jelly atau lipbalm untuk kurangkan bibir menggelupas.
SKRUB BIBIR
Skrub bibir ini bertujuan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan bibir. Sel-sel kulit mati ini terjadi apabila bibir anda kering dan mula menggelupas. Terdapat beberapa jenama skrub bibir di pasaran yang biasa digunakan oleh wanita. Bibir sangat sensitive dan anda haruslah berhati-hati dalam memilih produk untuk bibir anda. Anda digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan semula jadi.
Madu dan gula adalah bahan semula jadi yang sangat elok untuk kembalikan kesihatan bibir anda. Campurkan kedua-dua bahan ini dan gosok lembut di bibir anda. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas bersih.
BERI KELEMBAPAN KEPADA BIBIR
Penggunaan lipbalm oleh kaum lelaki tidak lagi dipandang aneh. Kerana, pada masa kini lelaki juga ingin menjaga kesihatan dan penampilan seperti wanita.
Oleh kerana saiz lip balm yang kecil dan mudah dibawa, jadi tiada alasan untuk anda tidak sentiasa membawa lipbalm kemana sahaja anda pergi demi untuk beri kelembapan yang cukup kepada bibir anda.
ELAK DARI TERKENA PENCUCI MUKA
Pencuci muka biasanya mengandungi bahan-bahan selain daripada bahan semula jadi. Ia akan membuatkan bibir anda kering dan gelap.
Apabila anda sedang mencuci muka, pastikan buih daripada pencuci muka itu tidak terkena pada permukaan bibir anda. Basuh segera jika buih tersebut mula terkena pada bibir anda.
Baca juga Beruban di Usia Muda? Apakah Puncanya?